Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnianya, dapat saya, Yuzylia Ameera Binti Mahrop (D20171077644) menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kursus BMP3093 Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu, Prof. Madya Dr. Adenan Ayob kerana telah memberi semangat dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini. Jasa beliau akan dikenang hingga akhir hayat. Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudah bersama saya dan memberi sokongan sepanjang proses penyiapan tugasan ini.

Saya ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesalahan ataupun kekurangan dalam tugasan ini. Harap dimaafkan kerana yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING