Aspek bahasa dalam karangan sangat penting, terutamanya aspek morfologi dan sintaksis. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar bagi menghasilkan sebuah karangan yang baik ialah dengan menambah aspek-aspek bahasa seperti berikut dalam karangan.


1. Tatabahasa yang betul

Tatabahasa yang betul adalah perkara yang paling penting. Penggunaan tatabahasa yang salah boleh menyebabkan pembaca hilang tumpuan dan berasa bosan apabila membaca karangan tersebut. Contoh penggunaan tatabahasa yang salah adalah menggunakan imbuhan yang salah. Contohnya, menggunakan imbuhan awalan mer- bagi perkataan ‘bahaya’ menjadikannya ‘merbahaya’. Untuk pengetahuan pembaca, imbuhan mer- tidak wujud dalam bahasa Melayu. Imbuhan yang betul untuk perkataan tersebut adalah ‘berbahaya’. Kesalahan tatabahasa lazim yang lain adalah seperti penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’.


2. Mempunyai koheren dan kohesi.

Koheren bermaksud kesinambungan idea yang disusun secara teratur, isi atau maklumat yang disampaian dengan jalinan yang kemas dan rapi serta mempunyai makna. Kohesi pula bermaksud hubungan atau jalinan yang erat antara kata, frasa dan ayat untuk menghasilkan wacana yang utuh. Contoh-contoh ayat yang mempunyai koheren dan kohesi adalah seperti berikut:

Koheren

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Burung mula berkicauan. Jalan raya mula sesak.

Kohesi

Hawa menangis kesakitan. Dia malu kerana jatuh tersungkur di khalayak ramai.


3. Ayat pendek

Pelajar digalakkan menggunakan ayat yang pendek dalam penulisan. Hal ini demikian kerana, apabila menggunakan akan pendek, kita akan dapat meminimakan kesalahan dalam penulisan. Ayat yang panjang atau terlalu panjang akan meningkatkan peratus ayat tersebut mempunyai karangan.


4. Penanda wacana

Karangan fakta sudah semestinya akan mempunyai lebih daripada satu isi. Oleh itu, penggunaan penanda wacana sangat penting bagi menghasilkan karangan yag kreatif dan menarik. Antara penanda wacana yang boleh digunakan dalam karangan adalah selain itu, seterusnya, oleh itu, di samping itu, hal ini demikian kerana dan sebagainya. Namun begitu, pelajar hendaklah memastikan yang penanda wacana yang digunakan bersesuaian dan betul dari segi aspek tatabahasa. Hal ini demikian kerana sering berlaku kesalahan penanda wacana seperti ‘hal ini kerana’. Penanda wacana yang betul ialah ‘hal ini demikian kerana’.


5. Peribahasa

Karangan yang kreatif dan menarik sudah semestinya memerlukan peribahasa. Pelajar digalakkan memasukkan dua hingga tiga jenis peribahasa dalam sesebuah karangan. Peribahasa yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan konteks ayat. Antara contoh peribahasa yang seirng digunakan adalah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, bagai mencurah air ke daun keladi’ dan lain-lain. 

 

6. Laras bahasa

Selain itu, pelajar perlulah menggunakan laras bahasa yang betul. Laras bahasa ialah gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Oleh itu, penggunaan laras bahasa yang betul bagi setiap penulisan sangat penting. Terdapat banyak laras bahasa yang boleh digunakan seperti laras umum atau laras bahasa biasa, laras bahasa perundangan, laras bahasa agama dan lain-lain.


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING