1. Mentafsir tajuk karangan

Perkara pertama yang pelajar harus lakukan ialah mentafsir tajuk karangan. Karangan yang dipilih hendaklah jelas dan diyakini tajuknya atau pelajar mempunyai kemungkinan untuk lari tajuk. Cari kata kunci untuk karangan tersebut dan kenal pasti formatnya. Bagi karangan fakta, biasanya format untuk karangan tersebut adalah karangan tidak berformat. Contohnya,

Soalan: Menabung merupakan satu amalan yang semakin terhakis dalam masyarakat kita. Huraikan faedah-faedah yang boleh diperoleh daripada amalan menabung.

Kata kunci: Faedah- faedah amalan menabung

Format: Karangan tidak berformat (karangan fakta)


2. Rangka karangan 

Setelah mengetahui kehendak soalan, pelajar perlulah merangka karangan. Rangka karangan terdiri daripada pendahuluan, isi dan kesimpulan. Bahagian isi adalah sebaiknya lebih daripada 3 isi bagi menjadikan karangan tersebut sebuah karangan yang baik. Bahagian ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian pengolahan dengan menunjukkan teknik-teknik yang sesuai digunakan bagi menghasilkan setiap bahagian rangka karangan. 

i. Pendahuluan

Definisi menabung- amalan menabung semakin susut- cara menabung- menyatakan fokus karangan

ii. Isi (Faedah Menabung)

  • Dapat digunakan bagi menyambung pelajaran
  • Dapat digunakan untuk tujuan kecemasan
  • Melahirkan insan yang berjimat cermat
  • Kelangsungan hidup pada hari tua nanti

iii. Penutup

Kesimpulan- cadangan- harapan


3. Menulis karangan

Setelah menyiapkan rangka karangan, pelajar hendaklah menulis karanagn berdasarkan rangka karangan yang sudah ditulis. Bahagian ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian pengolahan dengan menunjukkan teknik-teknik yang sesuai digunakan bagi menghasilkan setiap bahagian karangan.


4. Menyemak karangan

Pelajar perlu menyemak karangan yang sudah ditulis bagi mengelakkan terdapat kesalahan. Antara perkara yang perlu disemak oleh pelajar ialah ejaan, tanda baca, struktur ayat, isi-isi dan pemerengganan. Aspek-aspek ini sangat penting bagi melahirkan sebuah karangan yang bermutu. Pelajar juga perlu memastikan yang karanagn yang sudah ditulis bebas daripada kesalahan tatabahasa lazim yang sering dilakukan sepert kesalahan penggunaan kata pemeri, kesalahan penggunaan penanda wacana, kesalahan penggunaan imbuhan dan sebagainya. Aspek tatabahasa sangat penting sekali kerana perkara tersebut bersangkaut-paut dengan tumpuan pembaca atau penyemak. Kesalahan yang terlalu banyak akan menyebabkan kehilangan markah atau pembaca menjadi tidak berminat untuk meneruskan pembacaan. 

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING